MADU - Pemakanan Yang Baik Untuk Tubuh Badan Manusia
Pemakanan yang baik adalah pemakanan yang seimbang khasiatnya dan halal. Ia perlu disalurkan didalam tubuh badan untuk pembinaan fizikal dan mental. Dalam masyarakat sekarang, manusia banyak terdedah kepada pemakanan yang kurang khasiat seperti makanan segera yang disediakan di kedai-kedai dan restoran-restoran.
Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang ini mengundang kearah penyakit yang merbahaya kerana tidak ada kefahaman tentang pemakanan yang sewajarnya diambil setiap individu. Setiap individu seharusnya memupuk rasa kasih sayang pada diri dan mencari keredhaan Allah S.W.T serta mengamalkan cara pemakanan yang sihat seperti dikalangan para Nabi suatu ketika dahulu.
Kita haruslah mencontohi Rasulullah S.A.W, dimana baginda mementingkan khasiat dari segi pemakanan yang diambil. Salah satu makanan yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W ialah madu. Baginda amat menyukai madu kerana isi kandungan madu sehingga kini tidak dapat difkirkan atau dikaji oleh akal fikiran manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa antara banyak minuman, madulah yang paling enak dan berkhasiat.
Madu dianggap sebagai Raja makanan kerana khasiat yang ada pada madu tidak ada pada makanan lain. Madu adalah perasa yang dijadikan dari ribuan saripati bunga dan pohon-pohon yang dicipta dan dipelihara oleh Allah S.W.T., cairan yang keluar dari perut lebah iaitu di panggil madu.
Ia mengandungi sukrosa yang natural untuk dijadikan makanan seimbang. Selain pemakanan seimbang madu juga boleh dijadikan penyembuhan kerana Allah S.W.T menyarankan di dalam kitab AL-Quran madu menjadi ubat bagi manusia yang berpenyakit.